Cara Buat Website Dengan Mudah | 6 Tips Simple

Cara Buat Website Dengan Mudah | 6 Tips Simple

Cara buat website

6 Langkah Mudah Cara Buat Website untuk E-Commerce dan Blog

Apa yang anda akan dapat setelah membaca artikel dibawah ini?

1. Pembaca akan lebih mengetahui cara buat website dengan langkah-langkah yang mudah.

2. Artikel ini dapat membantu pembaca untuk memahami laluan dan proses yang diperlukan dalam membuat website.

3. Pembaca akan lebih memahami kepentingan website kepada bisnes ataupun sbagai satu platform monetization.

Apa itu website?

Website merupakan satu halaman yang mempunyai informasi dan maklumat mengenai sesuatu perkara. Pemilik website kebiasaannya terdiri daripada individu ataupun golongan yang mengusahakan perniagaan secara online, website berita atau gossip artis, website pendidikan dan juga individu yang mahu menjana wang dari website yang dikenali sebagai blogger. Tips cara buat website bagi individu yang masih belum prihatin tentang kegunaan website.

Cara buat website

Bila bercakap sahaja tentang website, pasti semua akan fikir bahawa membuat website merupakan sesuatu yang complicated. Buang fikiran tersebut jauh-jauh kerana selepas anda membaca artikel ini, pastinya fikiran anda tentang membuat website akan berubah 360 darjah kerana anda juga mampu untuk membuat website sendiri walaupun anda bukan seorang yang pro tentang website! Di bawah adalah 6 Langkah cara buat website dengan mudah.

Antara langkah dan perkara utama yang diperlukan untuk membuat sesuatu website ialah:

Tentukan niche bagi website anda!

Niche ialah target utama daripada satu kumpulan yang besar yang akan difokuskan untuk specific interest. Sebagai contoh, anda mahu menjual produk untuk bayi, sudah tentu niche anda dari kalangan ibu bapa yang mempunyai anak kecil sahaja. Apabila anda sudah specific kan kepada golongan tersebut, ini memudahkan anda untuk mencari target market anda. Begitu juga dengan personal blog. Jika anda menulis artikel tentang kecantikan, sudah tentu niche anda dari golongan mereka yang ingin menjadi dan tampil cantik. Pencarian website anda akan menjadi lebih mudah apabila anda sudah ada niche tersendiri.

Daftar nama Domain website

Nama website sebenarnya sangat penting bagi menunjukkan imej atau golongan yang akan berpotensi tinggi melawat website anda. Luangkan masa yang lebih sedikit untuk brainstorm nama website anda supaya domain yang anda pilih akan senang diingati oleh pengguna. Ikuti langkah-langkah cara buat website ini sebaiknya supaya dapat membantu anda. Jika anda ingin menjual baju, sudah tentu anda akan memilih nama website yang berkaitan dengan baju supaya mudah dicari. Contoh domain yang sesuai untuk business baju tersebut ialah www.thebaju.com. Mudah kan?

Apa itu Domain

Jika anda sudah ada idea untuk nama domain anda, anda boleh check availability domain tersebut disini. Bagi yang membeli pakej web hosting dengan Ghosteps, anda boleh mendapatkan domain anda secara PERCUMA (tertakluk kepada terma dan syarat). Setelah selesai memilih nama domain yang terbaik, anda boleh proceed kepada langkah seterusnya.

Pilih Pakej Web Hosting

Bagi yang tidak mengetahui apakah itu web hosting, ianya ialah tapak bagi sesuatu website. Saya akan terangkan apa itu web hosting dalam analogi yang mudah untuk difahami. Cuba anda bayangkan, website ialah sebuah rumah, sudah tentu rumah perlu dibina di atas sebuah tapak kan?  Jadi, anda boleh menganggap web hosting sebagai tapak untuk mendirikan rumah iaitu website anda.

Malaysia Web Hosting

Bagi yang ingin mengetahui adakah web hosting itu untuk anda ataupun tidak? Berbaloi ker tidak? Boleh ke GTMetrix ataupun Google Page Speed Insight untuk mengetahui kelajuan server bagi sesuatu hosting. Ada individu yang mengatakan speed test ini tidak benar dan mengelirukan, tetapi hampir 87% pemilik web hosting menggunakan hosting sendiri untuk website mereka. Namun demikian, kehendak terletak kepada pelanggan mengenal pasti adakah web hosting itu untuk anda ataupun tidak.

Sesetengah Web hosting mempunyai features tertentu seperti website database, akaun email, SSL dan sebagainya mengikut pakej yang dipilih. Manakala. di Ghosteps, kami mempunyai 3 pakej yang disediakan bagi kesesuaian penggunaan mengikut keperluan tersendiri antara nya Start up Plan, Pro Plan dan juga Business Plan. Anda boleh menyemak pakej-pakej tersebut disini.

Install WordPress

Apa Itu WordPress

WordPress merupakan suatu platform yang terbaik bagi membina segala jenis website; sama ada website untuk e-commerce mahupun bagi mereka yang ingin membuat personal blog. Di Wordpress terdapat banyak plugintambahan dengan fungsi yang sangat user friendly  terutamanya bagi yang mereka yang baru bertama kali membina website sendiri. Satu perkara lagi yang mebuatkan WordPress sangat digemari oleh pemilik e-commerce business  dan blogger ialah, plugin tambahan tersebuat boleh didapati secara percuma. Siapa je yang tak suka benda free kan?

Sebab yang seterusnya mengapa WordPress sering menjadi pilihan untuk membuat website ialah kerana ianya sangat mudah untuk digunakan. Anda tidak perlu belajar atau menguasai tentang coding ataupun programming pon sudah boleh untuk membuat website sendiri dengan menggunakan WordPress.

Pilih Theme dan mula design website

Antara sebab mengapa Wordpress menjadi platform yang terbaik untuk membuat website ialah ia menyediakan beribu jenis theme yang boleh didapati secara percuma! Ada juga theme premium yang berbayar yang menyediakan features yang lebih canggih, namun begitu, theme yang percuma pon kebanyakannya sudah mempunyai features yang tidak kurang hebatnya.

Perkara utama yang harus anda ingat ialah, setiap theme mempunyai features tersendiri dan berbeza-beza yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian website anda. Pemilihan theme dan design yang sesuai sangat penting kerana ianya merupakan imej bagi website anda.  Sebagai contoh, site e-commerce memerlukan integrasi dengan plugin shopping cart bagi memudahkan urusan jual beli. Jadi, sebelum memilih sesuatu theme, anda perlulah menyemak terlebih dahulu, adakah sesuatu features yang menjadi kepentingan website anda compatible dengan theme tersebut.

Mula menulis artikel

Cara buat website

Anda sudah pun mengetahui niche website anda. Dengan menulis artikel yang sesuai dan penuh informasi untuk website anda akan memudahkan lagi perkembangan yang cukup significant bagi website anda dari hari ke hari. Lakukan brainstorming dan tulis segala idea-idea yang bernas di dalam artikel anda. Penggunaan keyword yang penting di dalam artikel anda juga mampu membantu google rating website anda.

Jadi, apa tunggu lagi, mulakan penulisan artikel anda sekarang di Ghosteps.

This Post Has 2 Comments

Leave a Reply