Apa Itu Domain? Apa bezanya http dan https?

Apa Itu Domain? Apa bezanya http dan https?

Post before ni kita ada bincangkan tentang Cara Buat Website dengan Mudah dan ada disentuh mengenai domain dan web hosting. Jadi di post GHOSTEPS hari ini, kita akan merungkai tentang apa itu domain, Perbezaan antara HTTP dan juga HTTPS.

Setelah membaca blog ini anda akan lebih mengetahui apa itu domain dan bagaimana untuk mempunyai domain sendiri dan perbezaan antara http dan https.

Apa itu Domain?

Domain merupakan alamat ataupun lebih popular dengan nama address bagi laman web anda. Sebagai contoh, website GHOSTEPS menggunakan domain atau address https://www.ghosteps.com. Seperti yang saya sudah ceritakan sebelum ini, anda perlu lah memilih domain yang sesuai dengan website anda. Apa yang paling penting, pastikan nama website anda ada pada domain anda dengan membuat carian disini .

Hal ini adalah untuk memudahkan proses pencarian laman web anda di jaringan internet. Perkara pertama yang perlu anda faham tentang domain adalah domain hanya yang menggantikan IP adress bagi website anda tadi. Tanpa domain ini tadi website anda mungkin bermula dengan nombor seperti dibawah (172.16.254.1).

Apa itu Domain

Nombor alamat IP anda akan sukar diingati dan bayangkan jika mahu ker ghosteps anda perlu menaip satu per satu nombor IP diatas. Lecehkan? Oleh hal yang demikian, Domain adalah solusi paling berkesan bagi menangani masalah kekeliruan dan dapat membantu pencarian website dengan lebih pantas dan berkesan.

Perkara lain yang penting berkaitan dengan domain anda perasan tak, ada website yang menggunakan http, ada pula yang menggunakan https. Seperti contoh, domain GHOSTEPS ialah menggunakan https (https://www.ghosteps.com).

Bagaimana untuk mendapatkan domain?

Apa itu domain

Di Ghosteps.com anda boleh search nama domain yang anda mahu dan sistem akan membantu anda untuk lakukan carian availability keatas domain tersebut dengan mudah.Type domain anda dan tekan check button.

domain

domainyangandamahu.com masih available dan boleh dibeli pada kami dengan harga yang sangat berpatutan.Perlu diingatkan setiap pengakhiran yang bermula dengan .com,.net,.org,.xyz mempunyai harga yang berbeza mengikut domain registrar bagi spesifik domain. Jika ingin tahu lebih mendalam tentang domain, boleh klik disini.

domain configurations

Apa itu http dan https?

Setelah membaca apa itu domain, pasti anda sudah faham betapa penting domain bukan? Oleh itu mari kita beralih kepada apa itu http dan https. Mungkin ramai yang tak tau beza antara HTTP (http://)  dengan HTTPS (https://). Beza antara kedua-duanya amat penting terutamanya dari segi search optimization serta website positioning ataupun ranking dalam Google search. Jadi, mari kita berkenalan dengan lebih dekat dengan HTTP dan HTTPS!

HTTP ialah Hyper Text Transfer Protocol dimana ianya merupakan protokol yang membenarkan penghantaran dan penerimaan maklumat dan data internet. Ia hanya fokus terhadap bagaimana informasi tersebut dipersembahkan kepada pengguna secara general sahaja, bukan secara mendalam tentang bagaimana data dari point A ke point B didapatkan. Sebenarnya ianya merupakan satu cara yang tidak secure ataupun tidak selamat kepada pengguna kerana data dan informasi anda mungkin boleh dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Apa itu SSL

HTTPS pula ialah extension dari HTTP protokol yang digabungkan dengan protokol yang lain yang dikenali sebagai Secure Socket Layer ataupun SSL. SSL adalah protokol yang sangat penting, bagi memastikan data-data anda di atas talian berada dalam keadaan yang selamat. Website yang menggunakan SSL dibawah lapisan HTTP normal akan menyebabkan segala komunikasi dan juga maklumat anda di website akan disulitkan, encrypted sebagai langkah keselamtan. Jadi, segala maklumat  dan data sulit yang dihantar oleh client ke server ataupun sebaliknya adalah dalam keadaan rahsia dan selamat.

Oleh itu, tiada pihak ketiga yang tidak bertanggungjawab ataupun hacker yang dapat mencuri data-data sulit anda. So, HTTPS ni sebenarnya sangat penting untuk buat online banking, paypal ,ecommerce dan sebagainya. Cuba lihat dibahagian atas berlogokan manga.

Apa itu domain

GHOSTEPS memberi free auto SSL bagi yang menggunakan web hosting dari kami ,dan dapat merasai kelajuan Web Hosting yang tiada tandingannya.

This Post Has 2 Comments

Leave a Reply